Sunday, November 23, 2008

Proses Menganalisis Laman

Sememangya saya telah diberikan 10 kriteria yang perlu dipatuhi untuk melakukan setiap analisis terhadap laman web pilihan kerana untuk mendapatkan hasil yang terbaik serta memuaskan.

Seperti:
kejelasan
ketepatan
ketelitian
kerelevanan
kedalaman
keluasan
logik
kepentingan
keadilan
hikmah

Bukanlah suatu tugas yang mudah bagi saya kerana saya betul-betul faham artikel yang telah dinilai mengikut ciri yang di tetapkan. Bahkan ada sesetengan item yang membuatkan saya merasa sukar untuk dinilai seperti aspek keluasan, kedalaman,keadilan serta ketepatan kerana setiap aspek tersebut perlu disokong dengan hujjah dan bukti yang kukuh. Manakala apabila melibatkan keluasan dan kedalaman, saya terpaksa untuk mencari setiap data atau faktor yang disertakan.

contoh: apabila kes melibatkan zina
Sekiranya laman tersebut hanya menceritakan tentang maksud istilah, hukuman serta kesan, bagi saya ianya tidak meluas dan mendalam kerana tidak disertakan pendapat ulamak, dalil al-quran, hadis, serta faktor mendorong kejadian tersebut. Maka, ini memerlukan penilitian yang amat tinggi serta pemahaman terhadap sesuatu artikel yang akan dinilai.

No comments:

 

Catatan Pengembara © 2008. Design By: SkinCorner