Sunday, November 23, 2008

Memuat Turun Artikel Pilihan

Dalam proses mencari artikel ini, saya telah menetapkan beberapa kaedah supaya meneapti apa yang saya inginkan. Iaitu, menggunakan kata kunci faktor pendorong, istilah, kesan, pandangan ulamak, hukum berkaitan tindakan serta kajia-kajian yang pernah dilakukan.

Maka, pada pandangan saya, setiap artikel yang diperolehi adalah berkaitan dengan tajuk walaupun ada sebahagianya tidak lengkap serta menyimpang. Walau bagaimanapun, saya mengakui adalah sukar untuk mendapat artikel dari laman web yang benar-benar menepati kesemua kriteria penilaian yang telah di tetapkan kerana ada yang tidak dinyatakan sumber, tidak dinyatakan pengarang, tiada sumber sokongan serta ada yang semata-mata pendapat daripada orang perseorang.

Maka, sebagai penganalisis, saya perlu berhati-hati dalam menilai setiap laman tersebut mengikut panduan yang telah diberikan supaya ia tidak menyalahi syarat yang telah ditetapkan

No comments:

 

Catatan Pengembara © 2008. Design By: SkinCorner