Wednesday, November 26, 2008

Wahh..Khusyuknya..!!!!!




Gambar menunjukkan rakan-rakan blogger sedang menyiapkan tugasan masing-masing di ruang ilmu, Fakulti Pendidikan, UKM..

Laman Web Blog Utama



Laman Web Blog P&P


Laman Web Blog Refleksi

Laman Web Blog Analisis


Hasil Analisis Yang Pengkaji Perolehi

Setelah berpenat lemah, makan x kenyang, tidur x lena, alhamdulillah mandi basah dan segar je..hasil yang pengkaji dapat setelah seharian menganalisis data...


Jadual di atas adalah contoh jadual yang mempunyai data lengkap hasil analisis pengkaji..

Aduuhhh....letihhyaaa


Kenapa letih?
X ckup rehat? x ckup tdo? x ckup makan? emm..semuanya ada laa..

Luahan ini adalah ikhlas dari hati pengkaji kerana mengambil masa yang begitu lama untuk menyiapkan analisis keseluruhan terhadap 5o laman web yang telah dikaji serta perlu diterjemahkan dalam bentuk graf berserta alasan kenapa pengkaji mengatakan sedemikian...

Pengkaji perlu membuka kembali setiap folder berkaitan serta meneliti satu persatu supaya tiada data yang tertinggal atau berlaku ralat..bayangkanlah kengkawann..letih sangat..dari pagi sammmpaii malam menghadap laptop jeee..

lepas tu, kena buat carta pulak.. beserta huraian kenapa hasilnya begitu..itulah kerjaku sebagai pengakaji..sungguh letih..rinduu pulak kat kampung,,dah lama rasanya tak balik...

ok laa..pengkaji nak siapkan analisis dulu..


Sunday, November 23, 2008

Sebuah Pengorbanan


Inginku berkongsi dengan kalian semua.

Sememangnya memerlukan masa serta kekuatan fizikal yang tinggi untuk menyiapkan blog ini kerana aku perlu menghadap laptop selama berjam-jam seharian.
Boleh dikatakan bahawa setiap hari tidak kurang daripada 6jam masa yang di peruntukkan untuk membina laman ini.


Ada kalanya, waktu tidurku bertukar waktu, daripada malam ke siang dek kerana tuntutan masa yang begitu terhad serta memastikan bahan yang di hasilkan di terima.

Walau bagaimanapun, terdapat kepuasa tersendiri kerana dapat menghasilkan sesuatu yang baru serta memberi manfaat kepada diri sendiri serta orang lain.

Perbentangan Group 1

Pada 21 November 2008 yang lalu, saya telah menghadiri kelas perbentangan pertama rakan-rakan tentang hasil blog yang telah mereka hasilkan. Sememangnya ia memberi pengajaran yang amat bermakna kepada saya agar dapat membuat penambah baikan terhadap blog saya kerana saya dapati banyak kelompangan yang perlu diatasi.

Oleh yang demikian saya telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang perlu saya kemaskini saperti yang penyelia inginkan seperti report mestilah lebih menyeluruh, huraian graf perlulah lebig detail serta rancangan pengajaran mestilah diaplikasikan bersama-sama ict.

Penyelia juga menyarankan agar mendapatkab rujukan terkini serta muktabar sebagai rujukan tambahan dalam laman pnp supaya ianya adalah jelas serta meyakinkan.

Sumber Internet

Sumber Internet

ANTARA SUMBER UNTUK MENDAPATKAN BAHAN SECARA ONLINE





Upload Data

Setelah semua data di masukkan dalam jadual dan diubah ke format jpg, maka saya telah memuat naik bahan tersebut bersama-sama dengan kesimpulan ringkas terhadap setiap jadual yang ada untuk menjelaskan mengapa ia dinilia sedemikian. Huraian adalah secara umum dan lebih mudah untuk di fahami.

Di sini saya sertakan cth jadual yang telah lengkap dinilai:

Pengarang adalah seorang pendakwah bebas yang sering member ceramah di dalam slot motivasi, al-kuliyyah,bicara agana dan sebagainya lagi. Penerangan yang diberikan juga adalah jelas kerana disokong oleh dalil naqli iaitu al-quran dan suunah serta pendapat dari ulamak.

Saya meyakini bahan yang dimuatkan serta sesuai untu dijadikan panduan kepada umat islam




Proses Melengkapkan Hasil Penilaian

Setelah semua laman web yang berkenaan telah dinilai dengan sebaiknya, langkah seterusnya pula ialah proses untuk memasukkan kriteria penilaian tersebut kedalam jadual yang telah disediakan. Saya menggunakan kaedaha jadual dan skala likert kerana walaupun ada sesetengah laman web yang tidak begitu jelas dan kukuh, namun tidak semua data yang diberikan adalah salah, cuma ianya kurang jelas serta tidak layak untuk dijadikan sumber andainya ingin dijadikan rujukan.

Oleh itu saya telah membuat jadual seperti berikut:


Maka mungkin dengan kaedah ini penilaian yang saya lakukan tidak terlalu menyimpang serta meminimakan ruang untuk melakukan kesalahan.

Proses Menganalisis Laman

Sememangya saya telah diberikan 10 kriteria yang perlu dipatuhi untuk melakukan setiap analisis terhadap laman web pilihan kerana untuk mendapatkan hasil yang terbaik serta memuaskan.

Seperti:
kejelasan
ketepatan
ketelitian
kerelevanan
kedalaman
keluasan
logik
kepentingan
keadilan
hikmah

Bukanlah suatu tugas yang mudah bagi saya kerana saya betul-betul faham artikel yang telah dinilai mengikut ciri yang di tetapkan. Bahkan ada sesetengan item yang membuatkan saya merasa sukar untuk dinilai seperti aspek keluasan, kedalaman,keadilan serta ketepatan kerana setiap aspek tersebut perlu disokong dengan hujjah dan bukti yang kukuh. Manakala apabila melibatkan keluasan dan kedalaman, saya terpaksa untuk mencari setiap data atau faktor yang disertakan.

contoh: apabila kes melibatkan zina
Sekiranya laman tersebut hanya menceritakan tentang maksud istilah, hukuman serta kesan, bagi saya ianya tidak meluas dan mendalam kerana tidak disertakan pendapat ulamak, dalil al-quran, hadis, serta faktor mendorong kejadian tersebut. Maka, ini memerlukan penilitian yang amat tinggi serta pemahaman terhadap sesuatu artikel yang akan dinilai.

Memuat Turun Artikel Pilihan

Dalam proses mencari artikel ini, saya telah menetapkan beberapa kaedah supaya meneapti apa yang saya inginkan. Iaitu, menggunakan kata kunci faktor pendorong, istilah, kesan, pandangan ulamak, hukum berkaitan tindakan serta kajia-kajian yang pernah dilakukan.

Maka, pada pandangan saya, setiap artikel yang diperolehi adalah berkaitan dengan tajuk walaupun ada sebahagianya tidak lengkap serta menyimpang. Walau bagaimanapun, saya mengakui adalah sukar untuk mendapat artikel dari laman web yang benar-benar menepati kesemua kriteria penilaian yang telah di tetapkan kerana ada yang tidak dinyatakan sumber, tidak dinyatakan pengarang, tiada sumber sokongan serta ada yang semata-mata pendapat daripada orang perseorang.

Maka, sebagai penganalisis, saya perlu berhati-hati dalam menilai setiap laman tersebut mengikut panduan yang telah diberikan supaya ia tidak menyalahi syarat yang telah ditetapkan

Saturday, November 22, 2008

Penilaian Metaku

Penilaian ini telah disarankan oleh penyelia supaya saya dapat mengenal pasti tahap kemampuan diri dalam proses keseluruhan mencari maklumat yang berkaitan untuk digunakan dalam membangunkan blog seperti yang diperlukan.

Hasil yang saya perolehi daripada penilaian adalah:

Tahap Mencari Maklumat adalah 98/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 92/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 88/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 79/100

Namun, bagi saya, walaupun saya mengetahui, ada kalanya ia juga menjadi seolah-olah saya seperti baru mempelajari tentang sesuatu apabila melibatkan 4 elemen di atas.

Akan tetapi saya sering terfikir, adakah hasil yang diperolehi tersebut benar-benar menggambarkan kemampuan diri saya.

Maka saya mengambil inisiatif untuk berusaha menguasai elemen-elemen tersebut supaya ia benar-benar mengahsilkan kualiti bahan yang diperlukan untuk menjadi tatapan umum.

Saya juga sentiasa merujuk kepada rakan-rakan jika terdapat sebarang kemusykilan supaya apa yang dilakukan tidak terpesong dari garis pansuan yang telah ditetapkan.

Perjumpaan Pertama Bersama Penyelia

Semasa kelas pertama yang diadakan bersama Dr. beliau ada menerangkan tentang kaedah-kaedah yang perlu dilakukan dalam membina laman web berasaskan pengajaran dan pembelajaran ini kerana ianya adalah pengintegrasian ict dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran.

Di kesempatan tersebut juga saya telah mencadangkan tajuk perkahwinan sebagai tajuk yang akan dibangunkan. Namun tidak mendapat respon yang bagitu baik kerana beliau inginkan suatu tajuk yang betul-betul memberi kesan serta pengahayatan kepada pembaca.

Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk memilih tajuk Jenayah Zina yang semakin membarah di kalangan remaja islam masa kini.

Adalah menjadi harapan saya agar laman yang disediakan ini akan dapat membantu kita semua dalam menghindari jenayah ini serta bersama-sama menanganinya...

InsyAllah...

Saturday, November 15, 2008

PEMILIHAN TAMPLATE

Manakala langkah yang seterusnya ialah saya perlu memilih template yang sesuai untuk di jadikan laman utama blog.

Pertama kalinya, saya telah menggunakan template yang telah di perolehi dari laman web www.isnaini.com.my. Template yang di gunakan tersebut adalah bersifat tradisional. Oleh kerana saya telah menghadapi masalah untuk membuat pengubahsuaian serta menyusun atur laman tersebut. Setelah merujuk kepada rakan-rakan lain, mereka semua mencadangkan agar saya menggunakan template yang baru serta moden. Oleh itu, saya telah melayari laman web btemplate http://btemplates.com/ untuk mendapatkan laman blog yang baru serta lebih cantik. Ini kerana susunan yang telah di sediakan serta agak mudah untuk mempelajari serta membuat penambahan atau menghias laman tersebut.

Buat pertama kalinya, saya telah memilih template yang berunsurkan tumbuhan serta berwarna hijau. Akan tetapi, semasa proses mencantikkan laman tersebut, ada sesuatu yang tidak diingini telah berlaku serta menyebabkan blog saya tersebut telah rosak. Saya telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan template yang baru kerana kerja perlu di teruskan dengan secepat mungkin. Akhirnya, saya telah untuk menggunakan template yang terdiri daripada tiga kolum yang telah di sediakan.

Walau bagaimanapun, saya masih kurang berpuas hati terhadap template yang di gunakan pada laman analisis serta laman diriku kerana tidak menarik serta sukar untuk di hias. Apapun yang penting untuk waktu ini, saya perlu memberi lebih tumpuan terhadap laman refleksi serta laman pnp terlebih dahulu kerana masih banyak yang perlu di kemaskini..

Nanti pembaharuan yang akan saya lakukan kelak..InsyAllah.

MENDAFTAR BLOG

Langkah pertama yang telah saya lakukan sebelum membuat pendaftaran blog ialah pergi ke laman blogger serta sign up untuk mendaftar blog. Namun impian untuk memiliki blog sendiri tidak tercapai. Saya di minta untuk menggunakan g-mail, akan tetapi, apa yang membuatkan saya pelik ialah, rakan saya dapat pula sign in menggunakan yahoo mail. saya teruskan mencuba untuk kali ke dua, ke tiga keempat, dan kelima. Akhirnya rakan saya mencadangkan saya membuat g-mail. Saya pun terus mendaftar g-mail tersebut. Sekali lagi saya kecewa kerana impian untuk memiliki g-mail tidak berjaya. pelik dan hairan berfikir, walaupun di bantu oleh rakan-rakan, ia juga tidak berjaya. Namun, saya tetapkan hati dan teruskan sehingga kali berikutnya. Namun, mungkin itulah yang di katakan rezeki serta ketentuan, akhirnya, saya juga tetap tidak berjaya.

Saya tidak patah semangat, namum terus tabah untuk memiliki blog sendiri, saya mencuba sekali lagi menggunakan yahoo mail untuk mendaftar. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya, itulah erti sebuah kesabaran dan kesungguhan. Manakan mampu untuk saya menjadi seorang penulis blog seandainya saya tidak tabah pada peringkat awal untuk mendaftra blog peribadi.


Tuesday, November 11, 2008

KAEDAH MENCARI LAMAN WEB

Semestinya kita memerlukan kaedah yang tepat serta betul untuk mendapatkan sesuatu maklumat supaya bahan yang di perolehi tersebut berguna serta tepat.

Oleh itu, antara enjin yang saya gunakan untuk mendapatkan bahan-bahan yang di perlukan ialah:
1)mozila firefox
2)google search
3)alta vista

Sewaktu mencari laman-laman web yang berkaitan, saya perlu mencuba beberapa kali sebelum menemui beberapa laman web yang menceritakan berkaitan seks bebas kerana tidak banyak artikel yang betol-betol ilmiah serta boleh di gunakan untuk di jadikan bahan analisis kerana ada di antaranya ialah hanya laman sembang, gambar-gambar lucah serta pelbagai lagi.

Agak sukar pada mulanya kerana saya tidak mempunyai teknik serta pengetahuan yang dalam tentang penganalisian web, akan tetapi setelah berkongsi cerita serta meminta pandangan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan yang juga membuat tugasan ini, serba sedikit saya telah dapat mencari laman web yang agak berguna serta boleh di jadikan bahan analisis.

Sesungguhnya inilah kali pertama saya perlu menghabiskan masa berjam-jam di hadapan laptop untuk mencari laman web yang baik. mendapatkan artikel ilmiah serta membuat sedikit analisis yang di perlukan dengan berpandukan kriteria yang telah di tetapkan.

Tidak dapat di nafikan. tugasan ini memerlukan kekuatan mental serta kesabaran serta penumpuan yang penuh serta komitmen yang tinggi kerana tiada siapa yang akan marah atau mengingatkan kita setipa saat atau setiap mahupun setiap jam kerana apabila tiba masanya, saya perlu membentangkan hasil yang di perolehi serta apayang telah saya perolehi hasil dari tugasan yang telah di berikan ini.

Akan tetapi. saya tidak mengagaap tugasan ini sebgai bebam kerana sememangnya saya berminat serta bersedia untuk mempelajari kemahiran ini kara bagi saya, ia suatu penglaman yang baru serta amatlah rugi kalau saya menamatkan pemgajian ijazah pertama ini tanpa sesuatu kemahiran yang berharga serta mata bernilai ini.

PEMILIHAN TAJUK

Senario remaja masa kini, terlibat dengan masalah sosial, juvana,jenayah berat serta pelbagai jenis jenayah serta masalah lg..Oleh itu, saya telah mengambil keputusan untuk memilih tajuk``Gejala Seks Bebas Di Kalangan Remaja''. Tajuk ini amat bertepatan dengan gejala keruntuhan akhlak remaja masa kini sepertimana yang sering kita lihat terpampang di dada- dada akhbar sejak dulu hingga ke hari ini.

Melihat kepada masalah remaja masa kini yang begitu ramai yang telah terjebak dalam gejala seks bebas ini.saya merasa terpanggil untuk mengkaji tentang faktor -faktor serta kesanya kepada generasi akan datang..Mungkin agak tidak tegas jika di sebut seks bebas, akan tetapi dalam istilah lain ialah bermaksud ZINA yang mana ianya membawa hukuman sebat 100 rotan bagi yang belum berkahwin serta rejam sampai mati bagi mereka yang telah berkahwin.

Sebagai remaja, khususnya sebagai umat islam, kita tidak sepatutnya terlibat dalam gejala yang membawa kepada kehancuran ini, akan tetapi saya mengakui pada masa kini adalah sukar untuk mengawal tingkah laku remaja di sebabkan oleh pengaruh yang pelbagai yang tidak lagi mampu lagi di sekat..terutamanya pengaruh dari media massa serta pengaruh barat yang sememangnya di ketahui bahawa tujuan mereka ialah untuk merosakkan nilai serta akhlak umat islam..
 

Catatan Pengembara © 2008. Design By: SkinCorner