Saturday, November 15, 2008

PEMILIHAN TAMPLATE

Manakala langkah yang seterusnya ialah saya perlu memilih template yang sesuai untuk di jadikan laman utama blog.

Pertama kalinya, saya telah menggunakan template yang telah di perolehi dari laman web www.isnaini.com.my. Template yang di gunakan tersebut adalah bersifat tradisional. Oleh kerana saya telah menghadapi masalah untuk membuat pengubahsuaian serta menyusun atur laman tersebut. Setelah merujuk kepada rakan-rakan lain, mereka semua mencadangkan agar saya menggunakan template yang baru serta moden. Oleh itu, saya telah melayari laman web btemplate http://btemplates.com/ untuk mendapatkan laman blog yang baru serta lebih cantik. Ini kerana susunan yang telah di sediakan serta agak mudah untuk mempelajari serta membuat penambahan atau menghias laman tersebut.

Buat pertama kalinya, saya telah memilih template yang berunsurkan tumbuhan serta berwarna hijau. Akan tetapi, semasa proses mencantikkan laman tersebut, ada sesuatu yang tidak diingini telah berlaku serta menyebabkan blog saya tersebut telah rosak. Saya telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan template yang baru kerana kerja perlu di teruskan dengan secepat mungkin. Akhirnya, saya telah untuk menggunakan template yang terdiri daripada tiga kolum yang telah di sediakan.

Walau bagaimanapun, saya masih kurang berpuas hati terhadap template yang di gunakan pada laman analisis serta laman diriku kerana tidak menarik serta sukar untuk di hias. Apapun yang penting untuk waktu ini, saya perlu memberi lebih tumpuan terhadap laman refleksi serta laman pnp terlebih dahulu kerana masih banyak yang perlu di kemaskini..

Nanti pembaharuan yang akan saya lakukan kelak..InsyAllah.

No comments:

 

Catatan Pengembara © 2008. Design By: SkinCorner