Thursday, October 16, 2008

PERTAMA KALI AKU MENJADI PENULIS BLOG

SALAM PERTEMUAN DAN SALAM MAHABBAH

DARI MERANGKAK..AKU BERTATIH,,DARI BERTATIH,,AKU BERJALAN,,DARI BERJALAN,,,AKU BELAJAR BERLARI...ITULAH PROSES YANG PERLU DILALUI DALAM PROSES PEMBELAJARAN SESEORANG INDIVIDU..

Mari berkongsi pengalaman ini...

Setelah diterima sebagai anak buah Dr Hajjah Siti Fatimah dalam menyiapkan latihan Ilmiah(li), perkara pertama yang perlu aku hadapi ialah belajar bagaimana cara untuk membina blog peribadi sendiri..walaupun mempunyai sedikit pengetahuan dalam menyediakan web, ia jauh berbeza..

Saya telah meminta pertolongan dari rakan-rakan yang agak mahir dalam menyediakan blog...pada mulanya memang agak susah kerana belum pernah melakukanya..akan tetapi, setelah beberapa hari belajar serta menambil idea hasil dari pemerhatian terhadap blog -blog yang sedia ada..saya mempunyai sedikit idea serta perancangan dalam meneyediakan blog peribadi saya sendiri..

Namun, rakan-rakan masih menjadi tempat mendapatkan panduan serta berkongsi idea..

Antara langkah-langkah yang perlu saya lalui dalam menyiapkan blog ialah:
1-perlu membuat gmail terlebih dahulu
2-mendaftar blog di laman blogger
3-memikirkan susun atur blog yang bakal dibina
4-menyediakan bahan yang hendak dimuatkan dalam blog
5-menganalisa bahan yang hendak dimuat dalam blog sebelum ia di publishkan
6-menyediakan link-link yang berkaiatan dengan tajuk blog
7-menghias blog supaya nampak menarik dan mendapat perhatian
8-memastikan supaya bahan yang ada sentiasa dikemaskini

Perkara-perkara tersebut merupakan perkara penting yang perlu diikuti dalam menyediakan blog supaya blog yang dibina sentiasa dilawati dan memberi manfaat kepada orang lain..perlu juga dipastikan bahawa segala isi kandungan yang dimuatkan mestilah dari sumber rujukan yang sah serta diakui.

BLOG MENGENAI P&P

Blog ini perlu dimuatkan dengan peta konsep berkaitan tajuk yang dijadikan tajuk utama latihan ilmiah serta nota-nota atau bahan-bahan yang menjadi penyokong kepada hasil kerja yang dibuat..saya diminta menyipakan peta konsep pengajaran secara lengkap untuk memudahkan pemahaman pejara tentang tajuk yang akan diajarkan

TUGASAN MENGANALISIS BLOG YANG DIJADIKAN SUMBER RUJUKAN
 

Catatan Pengembara © 2008. Design By: SkinCorner