MENDAFTAR BLOG
Langkah pertama yang telah saya lakukan sebelum membuat pendaftaran blog ialah pergi ke laman blogger serta sign up untuk mendaftar blog. Namun impian untuk memiliki blog sendiri tidak tercapai. Saya di minta untuk menggunakan g-mail, akan tetapi, apa yang membuatkan saya pelik ialah, rakan saya dapat pula sign in menggunakan yahoo mail. saya teruskan mencuba untuk kali ke dua, ke tiga keempat, dan kelima. Akhirnya rakan saya mencadangkan saya membuat g-mail. Saya pun terus mendaftar g-mail tersebut. Sekali lagi saya kecewa kerana impian untuk memiliki g-mail tidak berjaya. pelik dan hairan berfikir, walaupun di bantu oleh rakan-rakan, ia juga tidak berjaya. Namun, saya tetapkan hati dan teruskan sehingga kali berikutnya. Namun, mungkin itulah yang di katakan rezeki serta ketentuan, akhirnya, saya juga tetap tidak berjaya.
Saya tidak patah semangat, namum terus tabah untuk memiliki blog sendiri, saya mencuba sekali lagi menggunakan yahoo mail untuk mendaftar. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya, itulah erti sebuah kesabaran dan kesungguhan. Manakan mampu untuk saya menjadi seorang penulis blog seandainya saya tidak tabah pada peringkat awal untuk mendaftra blog peribadi.
No comments:
Post a Comment