Saturday, November 22, 2008

Penilaian Metaku

Penilaian ini telah disarankan oleh penyelia supaya saya dapat mengenal pasti tahap kemampuan diri dalam proses keseluruhan mencari maklumat yang berkaitan untuk digunakan dalam membangunkan blog seperti yang diperlukan.

Hasil yang saya perolehi daripada penilaian adalah:

Tahap Mencari Maklumat adalah 98/100
Tahap Memilih Maklumat adalah 92/100
Tahap Menyimpan Maklumat adalah 88/100
Tahap Mempelajari Maklumat adalah 79/100

Namun, bagi saya, walaupun saya mengetahui, ada kalanya ia juga menjadi seolah-olah saya seperti baru mempelajari tentang sesuatu apabila melibatkan 4 elemen di atas.

Akan tetapi saya sering terfikir, adakah hasil yang diperolehi tersebut benar-benar menggambarkan kemampuan diri saya.

Maka saya mengambil inisiatif untuk berusaha menguasai elemen-elemen tersebut supaya ia benar-benar mengahsilkan kualiti bahan yang diperlukan untuk menjadi tatapan umum.

Saya juga sentiasa merujuk kepada rakan-rakan jika terdapat sebarang kemusykilan supaya apa yang dilakukan tidak terpesong dari garis pansuan yang telah ditetapkan.

No comments:

 

Catatan Pengembara © 2008. Design By: SkinCorner